TM Tidak Lagi Menawarkan Akaun Emel Percuma Untuk Pendaftaran Baru

TM Tidak Lagi Menawarkan Akaun Emel Percuma Untuk Pendaftaran Baru

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Bagi pengguna Telekom Malaysia, mungkin ramai sudah sedia maklum akan sebelum ini setiap pendaftaran perkhidmatan TM Broadband hadir dengan sebuah alamat emel percuma. Kini, pihak TM mengumumkan perubahan, dan tiada lagi akaun emel percuma disediakan oleh TM untuk pendaftaran TM Broadband baru.

Sebelum ini, pihak TM menawarkan beberapa akaun emel dengan akhiran @tm.net.my, @streamyx, @hsbb.com.my, @bluehyppo.com, dan beberapa lagi.

TM mengatakan perubahan ini tidak akan memberikan kesan kepada pengguna sedia ada, dan pengguna sedia ada boleh kekal menggunakan perkhidmatan emel TM.

Perubahan ini mungkin dilakukan oleh TM disebabkan pengguna aktif yang benar-benar menggunakan perkhidmatan emel percuma TM adalah sedikit. Apatah lagi dengan perkhidmatan lain, seperti Hotmail, GMail dan Yahoo! Mail yang menawarkan lebih banyak fungsi menarik melalui perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN