Carian
Internet Explorer 11 Akan Hadir Ke Windows 7
June 27, 2013 Aman

Pelayar web Internet Explorer 11 sedia menyertakan pelbagai teknologi web baru, termasuk sokongan WebGL dan juga SPDY. Ia akan didatangkan bersama-sama Windows 8.1 Preview, dan kini pihak Microsoft turut mengesahkan pelayar web tersebut akan turut diperkenalkan untuk pengguna Windows 7.

Microsoft turut sama mengatakan Internet Explorer 11 turut menggunakan tenaga pemprosesan rendah berbanding sebelum ini.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan pelayar web tersebut untuk pengguna Windows 7. Memandangkan sebelum ini IE10 sendiri mengambil sedikit masa yang lama, mungkin kita akan melihat IE11 hadir untuk pengguna Windows 7 selepas beberapa bulan ia diperkenalkan secara rasmi pada Windows 8.

Komen