Microsoft : 23% Peranti Windows Phone Dibeli Oleh Pengguna Android

Microsoft : 23% Peranti Windows Phone Dibeli Oleh Pengguna Android

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Windows Phone merupakan salah satu platform menarik yang membawakan antaramuka yang unik dan berbeza berbanding lain. Berkongsi mengenai beberapa statistik penggunanya, pihak Microsoft dilihat mengatakan seramai 23% peranti Windows Phone dibeli oleh pengguna Android yang menaik-taraf peranti mereka.

Perkara ini boleh dikatakan angka yang tinggi, dan sekaligus dikaitkan dengan nilai kepuasan pengguna Android dengan peranti mereka.

Android Ke Windows Phone

Selain itu, pihak Microsoft turut mengatakan 42% daripada peranti Windows Phone adalah penaik-tarafan oleh pengguna yang sedia menggunakan “feature phone”. Pujian berkenaan perkara ini mungkin perlu ditujukan kepada pihak Nokia yang menawarkan peranti mereka pada harga mampu milik, terutamanya Nokia Lumia 520.

Buat masa ini, salah satu perkara yang menjadi penghalang untuk ramai beralih kepada Windows Phone boleh dikatakan adalah disebabkan oleh tawaran aplikasinya. Namun, seperti Linux, ramai pembangun bebas hadir dengan pelbagai alternatif dan ganti sementara versi rasmi daripada sesuatu pembangun hadir untuk Windows Phone.


TIPS & ULASAN