Bagaimana Memasang Chrome Extension Pada Pelayar Web Opera Next?

Bagaimana Memasang Chrome Extension Pada Pelayar Web Opera Next?

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Opera-ChromeOpera Next telah pun diperkenalkan sebelum ini, dimana ia merupakan versi percubaan untuk pelayar web Opera yang akan datang, dibangunkan menggunakan enjin Chromium.

Memandangkan ia menggunakan enjin yang sama dengan Chrome, maka perkara ini sekaligus membolehkan extension yang dibangunkan untuk Chrome turut digunakan pada Opera.

Namun, salah satu masalah apabila mengakses Chrome WebStore adalah dimana butang muat-turun hanya dipaparkan pada pelayar web Chrome sahaja. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu add-on disediakan untuk pengguna Opera Next, untuk memasang extension Chrome dengan mudah.

Buat masa ini, ia hanya sekadar menyokong extension sahaja, dan perkara lain yang ditawarkan melalui Chrome WebStore masih belum dipasang pada Opera Next.

Muat-Turun Chrome Extension untuk Opera

TIPS & ULASAN