Cari @ Amanz

Awal pagi tadi, pihak Microsoft telah pun memulakan acara memfokuskan pembangun mereka – dinamakan sebagai BUILD 2013. Bersama-sama dengannya, pihak Microsoft turut sama berkongsi beberapa perkara mengenai sistem operasi mereka yang akan datang – Windows 8.1, serta pelayar web Internet Explorer 11.

BUILD 2013

Selain pengumuman sahaja, pihak Microsoft turut sama telah melancarkan Windows 8.1 Preview untuk para pengguna mencubanya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan kepada umum. Beberapa pengumuman menarik turut dilakukan pihak Microsoft, seperti turut mengumumkan beberapa aplikasi baru, termasuk Flipboard dan Facebook yang akan datang ke Windows 8 dan Windows RT.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd