Cari @ Amanz

Hari ini, pada acara BUILD 2013 juga, pihak Microsoft berkongsi beberapa perkara mengenai Windows Phone, termasuk angka aplikasi yang terdapat di Windows Phone Store. Daripada apa yang dikatakan, kini jumlah aplikasi melangkaui 160,000, dan terus meningkat setiap hari.

Windows Phone - 160K

Namun, seperti biasa, bilangan aplikasi yang boleh diakses di Malaysia mungkin lebih sedikit, memandangkan sesetengah aplikasi dikhususkan untuk sesuatu negara sahaja.

Pada masa yang sama, pihak Microsoft turut mengumumkan penurunan harga pendaftaran pembangun Windows Phone, dimana berbanding harga $99 setahun, mereka menawarkan potongan harga kepada $19 setahun. Namun, potongan harga ini hanya untuk masa yang terhad sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd