Cari @ Amanz

Plant vs Zombie 2PopCap sebelum ini telah mengatakan mereka akan melancarkan Plant vs Zombies 2 pada bulan Julai ini. Namun, mungkin disebabkan beberapa perkara, kini ia ditangguhkan dan tarikh pelancaran rasmi yang baru dijangka akan diumumkan kelak.

Seperti dirancang sebelum ini, pihak pembangunnya masih memfokuskan untuk melancarkan permainan tersebut pada iOS terlebih dahulu sebelum ia hadir ke platform-platform yang lain.

Melalui versi baru ini, ia dijangka akan membawakan pelbagai kemaskini, termasuk pembaharuan dari segi permainan dan kawalan permainan tersebut. Mungkin kita akan mendengar maklumat lanjut mengenai permainan ini tidak lama lagi, termasuk tarikh pelancaran barunya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd