Samsung Malaysia Mengumumkan Galaxy Mega Secara Rasmi Untuk Pasaran Tempatan

Samsung Malaysia Mengumumkan Galaxy Mega Secara Rasmi Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Samsung Galaxy Mega telah pun mula dijual di pasaran tempatan sebelum ini oleh beberapa pengedar tempatan, dan hari ini, pihak Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan peranti tersebut untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Mega

Buat masa ini, hanya variasi bersaiz 6.3-inci sahaja diumumkan, dimana bersama-sama dengannya turut disertakan adalah skrin HD Super Clear LCD, sokongan LTE, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, dan juga dijana menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean.

Samsung mengatakan Galaxy Mega akan ditawarkan pada harga jualan saranan RM1599 di Malaysia.


TIPS & ULASAN