Firefox 23 Beta Hadir Dengan Fungsi “Network Monitor”

Firefox 23 Beta Hadir Dengan Fungsi “Network Monitor”

Diterbitkan pada June 27, 2013 oleh .

Firefox sering menambah beberapa fungsi khas untuk para pembangun web, dan terkini melalui versi beta untuk Firefox 23, Mozilla hadir dengan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Network Monitor.

Firefox - Network Monitor

Menggunakan fungsi ini, ia membolehkan para pembangun web untuk mengetahui bagaimana sesebuah web itu dibuka, dan elemen apakah yang mengambil masa lama untuk dibuka. Pengguna juga turut boleh mengakses fungsi ini walaupun setelah sesebuah web itu dibuka, tanpa perlu melakukan refresh dan sebagainya.

Network Monitor ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan beberapa fungsi baru akan turut ditambah padanya melalui Firefox 24 kelak.

Muat-Turun Firefox 23 Beta


TIPS & ULASAN