Aplikasi Keek Hadir Untuk Para Pengguna Windows Phone

Aplikasi Keek Hadir Untuk Para Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

Perkongsian video ringkas makin popular pada akhir-akhir ini, dan kini Keek turut hadir dengan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Windows Phone.

Keek Windows Phone

Untuk mereka yang tidak mengenali akan perkhidmatan Keek, ia merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian video sosial, membolehkan pengguna merakamkan video sehingga 36 saat dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Aplikasi Keek untuk Windows Phone masih mengekalkan ciri-ciri aplikasi tersebut pada platform lain, selain pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri rekabentuk Metro.

Bagi para pengguna peranti Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun ia secara percuma daripada Windows Phone Store, dan menggunakannya dalam berkongsi video, mahupun mengikuti rakan-rakan anda melaluinya.

Muat-Turun Keek untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN