Aplikasi Kamera Dari Peranti “Edisi Google” Tertiris – Membawakan Fungsi Photoshpere

Aplikasi Kamera Dari Peranti “Edisi Google” Tertiris – Membawakan Fungsi Photoshpere

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

Mungkin ramai sedia maklum akan mengenai peranti Galaxy S4 dan juga HTC One yang hadir dalam versi “Google” tanpa sebarang antaramuka tambahan. Menariknya, kini, salah satu aplikasi terbina daripadanya, iaitu kamera dan galeri tertiris ke arena web, membolehkan mereka yang menggunakan Android 4.0 dan terkini menjalankannya.

Kamera - Google Edition

Melaluinya, ia membolehkan pengguna peranti Android 4.0 menggunakan beberapa fungsi baru, dan salah satunya adalah fungsi Photosphere – membolehkan rakaman panorama 360-darjah. Sebelum ini, fungsi ini hanya eksklusif untuk pengguna peranti Nexus, dan kelihatan pengeluar lain tidak menyertakan sokongan tersebut pada peranti mereka.

Pada masa yang sama, aplikasi ini membolehkan pengguna untuk menggunakan butang kawalan volume dalam sebagai butang fizikal untuk merakamkan gambar.

Kamera - Google Edition

Daripada percubaan kami, ia menambah aplikasi kamera dan galeri baru, disamping membolehkan pengguna kekal menggunakan aplikasi sedia ada pada peranti mereka. Bagi mereka yang tidak menyukainya juga turut boleh membuangnya menggunakan fungsi “Uninstall” seperti biasa.

Muat-Turun APK Kamera “Google Edition”


TIPS & ULASAN