Fail ISO Untuk Windows 8.1 Preview Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

Fail ISO Untuk Windows 8.1 Preview Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman semalam, kini bagi mereka yang tidak ingin melakukan pemasangan melalui Windows Store, boleh memuat-turun Windows 8.1 Preview secara terus daripada laman rasmi yang disediakan oleh Microsoft.

Windows 8.1

Bagi mereka yang ingin mencubanya dan memasangnya pada komputer anda hari ini, boleh memuat-turun Windows 8.1 Preview yang ditawarkan dalam dua variasi iaitu 64-bit (3.3GB) atau 32-bit (bersaiz 2.5GB).

Pengguna yang ingin memuat-turunnya juga, mungkin boleh terlebih dahulu memastikan sama ada sistem mereka disokong ataupun tidak, memandangkan Windows 8.1 Preview tidak disokong pada beberapa tablet dan PC dengan cip Atom 32-bit yang baru.

Muat-Turun ISO Windows 8.1 Preview


TIPS & ULASAN