Carian
Aplikasi Redy Hadir Memfokuskan Mereka Yang Aktif Menderma Darah
June 28, 2013 Aman

Dalam usaha untuk mengalakkan pengguna menderma darah, disamping menyediakan beberapa info berkaitan dengannya, kini salah satu aplikasi yang mungkin berguna untuk pengguna peranti iOS adalah Redy.

Redy iOS

Redy dibangunkan oleh pembangun tempatan, menawarkan beberapa fungsi, termasuk kebolehan untuk pengguna mencari sesi menderma darah dan sebagainya. Pada masa yang sama, pengguna juga turut boleh mengikuti perkembangan berkenaan aktiviti menderma darah mereka melalui aplikasi berkenaan.

Aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini, dan turut menyertakan beberapa sokongan lain, termasuk kebolehan perkongsian ke Facebook.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada AppStore hari ini, dan menggunakannya dalam memantau dan mengikuti perkembangan aktiviti menderma-darah anda.

Komen