Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Permainan Berasaskan Android

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Permainan Berasaskan Android

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

Terdapat beberapa pengeluar yang kini hadir dengan konsol permainan berasaskan Android, dan mengikut laporan terbaru daripada WSJ, ia turut dikatakan pihak Google turut sedang membangunkan sebuah konsol permainan yang dijana menggunakan sistem operasi Android.

Dengan telefon pintar Android yang semakin digunakan ramai, para pembangun permainan juga turut sama memfokuskan untuknya, dengan melancarkan pelbagai permainan menarik. Mengikut beberapa laporan terbaru, ia turut dikatakan Microsoft ingin membawakan permainan Xbox ke platform Android.

Nexus Q

Selain daripada konsol permainan, Google juga turut dikatakan sedang membangunkan jam tangan pintar mereka tersendiri, yang mana turut sama berasaskan kepada Android. Ia turut dilaporkan, gergasi internet ini turut sama sedang membangunkan Nexus Q versi baru, sekaligus akan memperlihatkan kebolehan platform Android untuk menjana pelbagai jenis peranti yang dibangunkan untuk tujuan berbeza.


TIPS & ULASAN