Facebook Memperkenalkan Program Ujian Beta Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Jun 28, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada Google I/O sebelum ini, pihak Google sedia memperkenalkan salah satu fungsi baru membolehkan pembangun aplikasi memperkenalkan sokongan ujian beta untuk aplikasi mereka. Mengambil peluang tersebut, hari ini Facebook memperkenalkan program ujian beta untuk aplikasi Android.

Untuk menyertai program ini, pengguna hanya perlu menyertai Google Group khas yang disediakan oleh Facebook, dan kemudiannya memuat-turun aplikasi Facebook terus daripada Google Play Store – yang mana hadirnya dalam bentuk beta.

Melalui pengenalan program ini, gergasi sosial tersebut akan cuba mendapatkan seberapa banyak makklumbalas daripada pengguna sebelum ia diperkenalkan dalam bentuk versi akhir.

Dengan fokus Facebook terhadap Android, mungkin kita akan melihat beberapa perubahan hadir pada aplikasi mereka tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami