Pembangunan Chromium Kini Mencapai Angka Versi 30

Pembangunan Chromium Kini Mencapai Angka Versi 30

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

Chromium merupakan versi sumber terbuka untuk Google Chrome, dan kini pembangunannya telah pun mencapai angka versi ke-30, sekaligus memperlihatkan perjalanan pembangunan pelayar web tersebut sejak diperkenalkan beberapa tahun yang lepas.

Fungsi keseluruhan yang dibawakan oleh versi 30 ini masih tidak diketahui sepenuhnya, memandangkan biasanya perkara tersebut akan dikongsikan apabila mencapai versi beta atau versi akhir kelak.

Untuk mereka yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Chromium 30 hari ini, ataupun turut mendapatkannya dalam variasi Chrome 30 Canary.


TIPS & ULASAN