Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan pengiklanan TV untuk perkhidmatan permesejan mereka – ChatON, sekaligus mengumumkan promosi bersama-sama dengan pihak Starbucks.

ChatONlah

Mengumumkan Kerjasama Dengan StarbucksChatON merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang disediakan oleh Samsung, dan didatangkan terbina bersama-sama peranti yang dijual oleh mereka.

ChatON dikatakan disediakan dalam lebih 62 bahasa berbeza, dan ditawarkan untuk pengguna di lebih 200 buah negara. Melalui ChatON, selain hanya menghantar teks, pengguna juga turut sama boleh membuat group chat melibatkan lebih 200 pengguna pada sesuatu masa. Sokongan lain seperti emoticon beranimasi dan beberapa yang lain turut disediakan melalui perkhidmatan tersebut.

Untuk kerjasama dengan pihak Starbucks, pengguna yang menggunakan ChatON dan menambah Starbucks melaluinya sebagai Special Buddy, akan menerima pelbagai promosi dan kemaskini semasa melalui aplikasi permesejan tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ChatON secara percuma untuk pelbagai platform, termasuk Android, iOS, BlackBerry, Bada, dan juga versi desktop untuk Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd