Adakah Ini Samsung Galaxy Memo?

Adakah Ini Samsung Galaxy Memo?

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

Buat masa ini, apabila dikaitkan dengan S-Pen, satu-satunya peranti yang mendapat perhatian adalah Galaxy Note. Kini, sebuah gambar turut kelihatan diarena web, dikatakan sebagai peranti yang akan dikenali sebagai Galaxy Memo.

Samsung Galaxy Memo

Daripada apa yang dikongsikan, peranti ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga kamera 8-megapixel.

Namun, memandangkan ia masih pada peringkat ura-ura awal, maka tidak diketahui berkenaan dengan kesahihan berkenaan dengan perkara ini.

Samsung Galaxy Memo


TIPS & ULASAN