PlayBook Tidak Akan Menerima BlackBerry 10

PlayBook Tidak Akan Menerima BlackBerry 10

Diterbitkan pada June 28, 2013 oleh .

BlackBerry PlayBook merupakan tablet daripada pihak BlackBerry yang telah dilancarkan pada tahun 2011 yang lepas. Salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna PlayBook seluruh dunia boleh dikatakan adalah kemaskini BlackBerry 10, tetapi hal itu seperti tidak lagi akan berlaku.

bbplaybook

CEO BlackBerry, pada hari ini telah pun mengatakan yang mana mereka telah menghentikan perancangan untuk membawa platform BlackBerry 10 tersebut ke tablet mereka.

Thorsten Heins, CEO BlackBerry mengatakan beliau kurang berpuas hati dengan prestasi yang dibawakan oleh BlackBerry 10 pada PlayBook, sekaligus menghentikan perancangan untuk memperkenalkan ia pada tablet tersebut.

Buat masa ini, BlackBerry 10 hanya diperkenalkan bersama-sama tiga telefon pintar mereka, iaitu BlackBerry Z10, Q10 dan juga Q5.


TIPS & ULASAN