Google+ Menyambut Ulang-Tahun Kedua

Google+ Menyambut Ulang-Tahun Kedua

Diterbitkan pada June 29, 2013 oleh .

Google hari ini mengubah logo pada laman sosial Google+ milik mereka, sekaligus menandakan ulang-tahun kedua sejak perkhidmatan tersebut diperkenalkan kepada umum.

Google+ boleh dikatakan penggunanya yang tersendiri, dan sejak ia diperkenalkan, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial tersebut, dan kini menjadikan antaramukanya amat cantik dan mudah digunakan berbanding sebelumnya.

Bercakap mengenai Google+, semestinya salah satu fungsi popular pada perkhidmatan mereka adalah Hangout, yang membolehkan para pengguna membuat panggilan video dan membuat rancangan perbualan sendiri di YouTube dengan mudah.

Semestinya dengan umur dua tahun, Google+ masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin pihak Google akan membawa lebih banyak perubahan baru pada perkhidmatan tersebut.

Selamat ulang-tahun kedua Google+!


TIPS & ULASAN