Cari @ Amanz

Dengan Google Reader yang akan dimatikan pada 1 Julai 2013 kelak, beberapa perkhidmatan RSS baru hadir, dan salah satunya yang terkini adalah Digg Reader daripada pihak Digg.

Digg Reader

Digg Reader ditawarkan dalam versi web dan juga aplikasi iOS, selain mana pembangunnya turut menjanjikan versi Android akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Digg Reader membawakan antaramuka yang kemas dan ringkas. Pengguna dengan mudah boleh mengimport senarai RSS yang sedia dilanggan mereka pada Google Reader terus ke perkhidmatan ini. Pembangunnya turut mengatakakn mereka akan hadir dengan beberapa fungsi tambahan pada perkhidmatan tersebut dari masa ke semasa.

Bagi mereka yang berminat, boleh melayari laman Digg Reader hari ini, ataupun memuat-turun Digg Reader untuk iOS, dan menggunakannnya dalam mengikuti senarai RSS yang dilanggan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd