Cari @ Amanz

apple-a5Umum mungkin sedia maklum akan mengenai peranti mudah-alih daripada Apple, iaitu iPhone, dan iPad yang sedia dijana oleh cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Samsung. Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Mengikut laporan WSJ, ia dikatakan Apple telah menandatangani perjanjian bersama pihak TSMC (Taiwan Semiconductor), sekaligus mengurangkan kebergantungan mereka dengan pihak Samsung.

Mengikut apa yang dikongsikan, cip yang dibangunkan oleh TSMC kelak akan berasaskan kepada 20nm, dan dikatakan akan menjimatkan lagi penggunaan tenaga.

Ia dikatakan peranti yang dikeluarkan tahun ini, termasuk iPhone dan iPad baru kelak akan kekal menggunakan cip Samsung, dan perkara tersebut dijangka akan berubah pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd