Twitter Menambah Sokongan Terjemahan Tweet

Twitter Menambah Sokongan Terjemahan Tweet

Diterbitkan pada June 30, 2013 oleh .

Twitter hari ini menambah salah satu fungsi yang amat berguna pada perkhidmatan mereka versi web, membolehkan para pengguna untuk menterjemah sesuatu Tweet dengan mudah. Daripada apa yang dilihat, sokongan terjemahan ini dijayakan oleh Twitter dengan penggunaan teknologi Bing Translate.

Twitter Translate

Sokongan yang sama juga, selain pada web, turut disertakan pada aplikasi rasmi Twitter untuk Windows Phone. Dan mungkin juga kita akan melihat ia turut diperluaskan kepada pelbagai aplikasi Twitter yang lain dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN