Cari @ Amanz

Ketika pengumuman Nokia Lumia 925, pihak Nokia turut berkongsi akan mengenai kemaskini Amber yang akan diperkenalkan untuk peranti Windows Phone 8 sedia ada. Kini, melalui sebuah Tweet daripada Nokia Spain, ia diketahui kemaskini tersebut disasarkan untuk pengenalan pada bulan Ogos kelak.

Lumia Amber Update

Melalui kemaskini Amber ini, ia bakal membawakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan FM Tuner, DataSense, serta beberapa yang lain seperti tap untuk unlock, dan sebagainya.

Sokongan ini didatangkan terbina bersama peranti Nokia Lumia 925. Tetapi ia masih tidak diketahui bilakah akan dijual dipasaran tempatan, apatah lagi dengan pelbagai ura-ura berkenaan Nokia Lumia 1020 yang dijangka akan diperkenalkan pada bulan Julai ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd