Intel Ingin Memfokuskan Lebih Kepada Pembangunan Cip Untuk Peranti Mudah-Alih

Intel Ingin Memfokuskan Lebih Kepada Pembangunan Cip Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada June 30, 2013 oleh .

Intel boleh dikatakan salah satu pengeluar cip pemprosesan yang sedia popular dengan cip untuk desktop dan juga komputer riba. Tetapi dari segi untuk peranti mudah-alih seperti tablet dan telefon pintar, mereka masih ketinggalan berbanding beberapa pengeluar yang lain.

Kini, dibawah CEO baru, Intel dikatakan ingin mempercepatkan pengenalan cip untuk telefon pintar, tablet dan juga beberapa peranti lain. Dibawah beliau, lebih banyak perhatian dijangka akan diberikan untuk pembangunan cip mudah-alih Atom, sekaligus membolehkan pihak Intel turut bersaing dengan pelbagai nama yang lain.

Intel Merrifield

Pada hari ini, Qualcomm dan NVIDIA menawarkan pilihan cip pemprosesan mereka untuk para pengeluar peranti, disamping beberapa pengeluar telefon pintar seperti Samsung dan Huawei hadir dengan cip mereka tersendiri. Bagi yang mengeluarkan peranti pada harga mampu milik, sering memilih cip daripada MediaTek untuk peranti mereka.

Ketika pengumuman cip Haswell tempoh hari, pihak Intel turut berkongsi beberapa maklumat berkenaan dengan cip Merrifield mereka yang akan datang. Padanya kelak, beberapa fungsi baru dijangka akan turut diintegrasikan, termasuk sokongan 4G LTE, Sensor Hub, dan beberapa yang lain.

Kita mungkin akan melihat lebih banyak pengeluar yang menggunakan cip pemprosesan Intel pada peranti mereka bermula penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN