Telefon pintar dan juga tablet yang menjalankan sistem operasi Tizen sedia dinantikan ramai pengguna, dan kini kelihatan Shisutena mengumumkan tablet 10-inci mereka yang berasaskan Tizen, dan dijangka akan ditawarkan oleh NTT DoComo.
Tablet yang masih tidak diketahui namanya ini dijana oleh cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz Cortex-A9, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 10-inci (1920×1200 pixel). Ia turut dilengkapi dengan kamera 2-megapixel pada bahagian belakang dan 0.3-megapixel pada bahagian hadapan.
Tablet ini akan ditawarkan di Jepun, dan tablet tersebut dijangka akan dipertontonkan oleh mereka pada sebuah acara khas bulan Oktober kelak.
Selain tablet ini, tablet dan telefon pintar menjalankan sistem operasi Tizen juga dijangka akan hadir daripada Samsung tidak lama lagi.