Nokia Mengambil-Alih Pegangan Siemens Pada Nokia Siemens Network

Nokia Mengambil-Alih Pegangan Siemens Pada Nokia Siemens Network

Diterbitkan pada July 1, 2013 oleh .

Nokia Siemens NetworkNokia hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih pegangan Siemens pada Nokia Siemens Network yang berjumlah 50% pada harga €1.7 bilion. Transaksi pengambil-alihan ini dijangka akan selesai sepenuhnya pada suku ketiga 2013 ini.

Dengan pengambil-alihan ini, Nokia Siemens Network akan menjadi subsidiari penuh milik Nokia, dan mereka juga akan menjenamakan semula kepada nama baru tidak lama lagi.

Nokia Siemens Network beroperasi di lebih 150 buah negara, dan menyediakan perkhidmatan dalam rangkaian data dan juga peralatan telekomunikasi. Pihak Nokia sendiri mengatakan Nokia Siemens Network mempunyai kelebihan dalam LTE, yang mana akan membawakan peluang perkembangan yang positif untuknya.


TIPS & ULASAN