Beberapa Domain .com.my Menghadapi Masalah Untuk Diakses

Beberapa Domain .com.my Menghadapi Masalah Untuk Diakses

Diterbitkan pada July 1, 2013 oleh .

Sejak pagi ini, beberapa laman web tempatan yang menggunakan domain .com.my menghadapi masalah untuk diakses oleh kebanyakkan pengguna, termasuk salah satunya adalah laman carian popular – Google.

Daripada apa yang dilihat, ia kelihatan seperti masalah DNS Hijacking, dimana pengguna dibawa ke hos yang lain berbanding yang sebenarnya.

Untuk sementara waktu, pengguna yang ingin mengakses laman Google, boleh menggunakan laman dengan akhiran .com, sementara masalah ini diatasi.

Selain Google, beberapa laman lain turut menghadapi masalah yang sama termasuk antaranya adalah Microsoft Malaysia, Bing Malaysia, YouTube Malaysia, Dell Malaysia dan lain-lain. Daripada apa yang dilihat, laman perbankan tempatan masih tiada sebarang masalah untuk diakses buat masa ini.

Mesej Pengodam

Kemaskini (3.15petang) : Ia kelihatan laman Google dan YouTube telah berfungsi seperti biasa. Tetapi beberapa laman lain masih menghadapi masalah untuk diakses.

Kemaskini (3.47 petang) : Pihak myNIC dilihat telah mematikan akses log masuk untuk pengurusan domain buat sementara waktu disebabkan beberapa masalah teknikal.

Kemaskini (4.25 petang) : Profil pengodam di Zone-H memperlihatkan enam laman ditambah dibawah namanya, iaitu MSN Malaysia, Bing Malaysia, Microsoft Malaysia, Skype Malaysia, Kaspersky Malaysia dan juga Dell Malaysia.

Kemaskini (2 Julai) : Pihak MYNIC telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN