Fail Sistem Sony “Honami” Memperlihatkan Kamera 20-Megapixel Dan Sokongan Rakaman Video 4K

Fail Sistem Sony “Honami” Memperlihatkan Kamera 20-Megapixel Dan Sokongan Rakaman Video 4K

Diterbitkan pada July 1, 2013 oleh .

Sejak dari awal tahun ini, beberapa desas-desus telah kedengaran mengatakan pihak Sony akan hadir dengan telefon yang memfokuskan kepada sokongan kamera. Kini, beberapa info berkaitan dengan peranti tersebut mula kelihatan tertiris ke web.

Daripada fail sistem yang tertiris ke web, beberapa fungsi dan spesifikasi yang akan disertakan bersama-sama peranti tersebut kelak mula diketahui satu per satu.

Daripada beberapa laporan awal, peranti yang dikenali dengan nama Xperia “Honami” i1 ini dijangka menyertakan kamera 20-megapixel dengan resolusi 5248×3936 pixel, disamping turut membolehkan pengguna untuk merakamkan video pada resolusi 4K. Beberapa fungsi yang lain turut didapati daripadanya dikatakan adalah sokongan ISO sehingga 12800 termasuk fungsi Steadyshot.

Sony juga dijangka akan memperkenalkan fungsi API untuk kamera, membolehkan pengguna menambah beberapa fungsi untuknya. Telefon pintar ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya tidak diketahui, dan mungkin pihak Sony akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenainya serta mengumumkan peranti tersebut secara rasmi dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN