Aplikasi WhatsApp Dijangka Akan Hadir Ke FirefoxOS

Aplikasi WhatsApp Dijangka Akan Hadir Ke FirefoxOS

Diterbitkan pada July 1, 2013 oleh .

Mozilla pada MWC 2013 yang lepas telah pun memperlihatkan beberapa peranti berasaskan Firefox OS, dan kini dikatakan mereka akan menganjurkan sebuah hari pembangun untuk platform tersebut di India.

Daripada apa yang dikongsikan pihak PhoneArena, pada hari tersebut, Mozilla dijangka akan memperlihatkan beberapa aplikasi, termasuk antaranya adalah WhatsApp dan juga Angry Birds.

Mozilla membangunkan FirefoxOS dengan mensasarkan kepada pasaran membangun, dan menawarkan peranti mereka pada harga mampu-milik. Buat masa ini beberapa pengeluar telah menyatakan sokongan, termasuk ZTE, Alcatel, dan juga Huawei.


TIPS & ULASAN