Telekom Malaysia sering melakukan beberapa kerja penyelenggaraan pada kabel-kabel rangkaian mereka, dan terkini ia turut diumumkan yang mana mereka sedang menjalankan kerja penyelanggaraan untuk kabel rangkaian yang menyediakan pautan data ke Eropah.
Kerja penyelenggaraan ini dimulakan sejak daripada 29 Jun 2013 yang lepas, dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada 21 Julai 2013 kelak.
Dalam tempoh tersebut, beberapa perkara mungkin berlaku, termasuk masa pelayaran laman yang dihos di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Utara yang sedikit perlahan.
Walaubagaimanapun, pihak TM mengatakan mereka telah mengambil pelbagai langkah pro-aktif dalam memastikan impak yang minimum sepanjang tempoh tersebut untuk para pengguna.