HP Dilaporkan Ingin Kembali Dalam Arena Telefon Pintar

HP Dilaporkan Ingin Kembali Dalam Arena Telefon Pintar

Diterbitkan pada July 1, 2013 oleh .

HP sebelum ini, telah membeli Palm pada harga lebih $1.2 bilion, tetapi tidak hadir dengan sebarang telefon pintar baru sejak daripadanya.

HP TouchPad

Daripada apa yang dilihat daripada beberapa peranti yang dikeluarkan oleh HP akhir-akhir ini, ia kelihatan mereka masih memfokuskan kepada tablet, komputer riba dan juga AIO. HP sendiri tidak ketinggalan dalam memperkenalkan tablet dan AIO berasaskan Android mereka baru-baru ini.

Dan apabila bertanya mengenai telefon pintar, ia dikatakan HP masih tidak melupakan arena telefon pintar, dan dikatakan mereka akan hadir dengan sesuatu tawaran yang unik melaluinya.

Semestinya, dengan pihak Samsung, HTC dan Sony sedia menawarkan peranti Android mereka, HP perlu hadir dengan sesuatu yang unik melalui tawaran mereka, sekaligus untuk memudahkan mereka bersaing dengan pelbagai pengeluar lain.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan mengenai bilakah mereka akan hadir dengan telefon pintar mereka.

Mungkinkah pihak HP boleh hadir dengan telefon pintar yang menarik minat ramai?


TIPS & ULASAN