Cari @ Amanz

Setiap tahun, selain daripada kemaskini untuk keluarga siri Galaxy S, ramai juga yang menantikan kemaskini untuk keluarga Galaxy Note. Mengikut laporan terkini, ia dikatakan kemungkinan Samsung akan mengumumkannya seawal 4 September kelak.

Galaxy Note 3, seperti biasa akan dilengkapi dengan sokongan S-Pen untuk memudahkan catatan nota dan juga lakaran gambar. Mengikut beberapa ura-ura sebelum ini, ia dikatakan peranti ini akan dilengkapi dengan kamera 13-megapixel, selain turut membawakan skrin bersaiz 6-inci bersama-sama dengannya.

Semestinya, salah satu perkara yang menjadi tanda tanya ramai pengguna adalah berkenaan dengan rekabentuk peranti berkenaan. Adakah ia akan mengekalkan rekabentuk seumpama Galaxy S4 sebelum ini, ataupun Samsung akan hadir dengan rekabentuk yang menarik sekaligus memberikan saingan kepada beberapa pengeluar yang lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bulan September kelak untuk mengetahui apakah yang akan dibawakan oleh pihak Samsung melalui keluarga phablet mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd