Skype Mengemaskini Antaramuka Aplikasi Android – Lebih Menyerupai Versi Windows Phone

Skype Mengemaskini Antaramuka Aplikasi Android – Lebih Menyerupai Versi Windows Phone

Diterbitkan pada July 2, 2013 oleh .

Skype AndroidSkype hari ini mengemaskini aplikasi VoIP mereka versi Android, dimana melalui kemaskini Skype 4.0 untuk Android ini, ia membawakan beberapa perubahan, dan salah satu yang utama adalah rekabentuk aplikasi berkenaan yang kini menyerupai versi aplikasi berkenaan pada Windows Phone.

Pihak Skype turut berkongsi mengatakan mereka merekabentuk semula sepenuhnya aplikasi untuk Android, dimana kini lebih pantas beroperasi, selain lebih mudah dikendalikan.

Fungsi-fungsi asas masih dikekalkan, dan pihak Skype mengatakan lebih banyak fungsi akan hadir dalam beberapa bulan sekaligus menjadikan Skype untuk Android lebih mesra peranti mudah-alih.

Pada masa yang sama, Skype turut berkongsi mengenai angka muat-turun Skype untuk Android yang kini melangkaui lebih 100 juta muat-turun seluruh dunia.

Muat-Turun Skype untuk Android


TIPS & ULASAN