Cari @ Amanz

Lanjutan daripada beberapa laman web popular yang menghadapi masalah untuk diakses pada awal pagi semalam, kini kelihatan MYNIC telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya melalui laman web rasmi mereka.

Daripada apa yang dikongsikan pihak MYNIC, mereka mengatakan mereka telah mendapati beberapa perubahan informasi server dilakukan oleh pihak yang tidak sepatutnya, sekaligus membuatkan akses ke web tersebut menghadapi masalah.

MYNIC turut berkongsi mengatakan masalah tersebut telah diselesaikan pihak mereka sepenuhnya sekitar 4.38 petang, 1 Julai 2013.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh MYNIC, lanjutan daripada kebanyakkan laman web popular, termasuk Google Malaysia, Microsoft Malaysia, MSN Malaysia dan beberapa yang lain menghadapi masalah untuk diakses, dan memaparkan gambar ia telah digodam.

Mesej Pengodam

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd