Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan Windows 8 pada bulan Oktober tahun lepas, akhirnya hari ini mereka mengumumkan melalui akaun Twitter berkenaan dengan bilangan aplikasi Windows 8 yang telah pun melangkaui angka 100,000.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan aplikasi-aplikasi popular masih belum terdapat pada Windows Store buat masa ini. Pada minggu lepas sahaja beberapa nama besar mengumumkan sokongan untuk Windows Store, termasuk Flipboard, Facebook dan juga FourSquare yang akan hadir dengan aplikasi mereka untuk platform Windws 8.

Sebagai perbandingan dengan beberapa kedai aplikasi lain, Windows Phone dan juga Google Play Store mengambil masa sehingga 18 bulan untuk mencapai angka yang sama, sementara Apple AppStore mengambil masa sekitar 16 bulan untuk mencapai angka tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd