(Ura-Ura) Nexus 7 Generasi Kedua Dijangka Hadir Pada Bulan Ini

(Ura-Ura) Nexus 7 Generasi Kedua Dijangka Hadir Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada July 2, 2013 oleh .

Tablet Nexus 7 telah menjadi salah satu tablet berasaskan Android yang popular dikalangan ramai pengguna. Dan untuk tahun ini, semestinya ramai yang menantikan kemaskini untuk keluarga tablet berkenaan, dan kini dikatakan Asus mungkin memperkenalkannya seawal bulan ini.

Mengikut beberapa laporan awal, tablet bersaiz 7-inci ini dijangka akan menyertakan skrin dengan resolusi 1920×1080 pixel, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 600 dan juga memori sebanyak 2GB RAM. Tablet baru ini juga dijangka akan menjalankan sistem operasi Android 4.3.

Apa pun, perkara ini hanya sekadar spekulasi awal sahaja buat masa ini, dan mungkin kita perlu nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak Asus tidak lama lagi untuk keluarga tablet Nexus 7.


TIPS & ULASAN