Opera 15 – Pelayar Web Opera Berasaskan Enjin Chromium Dilancarkan Secara Rasmi

Opera 15 – Pelayar Web Opera Berasaskan Enjin Chromium Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada July 2, 2013 oleh .

OperaSetelah diuji dalam saluran beta melalui Opera Next sebelum ini, hari ini pihak pembangun pelayar web desktop Opera, secara rasminya memperkenalkan pelayar web berkenaan pada saluran stabil, membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakannya.

Melalui Opera 15, ia membawakan kemaskini rekabentuk antaramuka, disamping mengekalkan pelbagai fungsi sedia ada, termasuk Speed Dial dan beberapa yang lain.

Opera turut menyertakan fungsi baru dinamakan sebagai Discover, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kandungan menarik diseluruh web dengan mudah. Buat masa ini, mereka menyediakan 13 kategori bahan bacaan untuk memudahkan pengguna membuat pilihan.

Dan bagi mereka yang biasa mengakses web menggunakan akses internet yang perlahan, fungsi Off-Road Mode disertakan, membolehkan pengguna mengakses web pada saiz yang lebih kecil berbanding biasanya. Perkara ini dijayakan dengan sokongan teknologi compression daripada pihak Opera.

Bagi para pengguna Windows dan Mac boleh memuat-turun Opera 15 hari ini, dan pihak pembangun Opera menjanjikan versi Linux akan hadir tidak lama lagi.

Muat-Turun Opera 15 Desktop


TIPS & ULASAN