Carian
Sony Cybershot HX-50V Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan
July 2, 2013 Aman

Setelah memperkenalkan kamera Cybershot terbaru mereka pada bulan April yang lepas, kini Sony Cybershot HX-50V turut sama dilancarkan untuk pasaran tempatan, membolehkan mereka yang berminat mendapatkannya daripada para pengedar tempatan pada harga RM1499.

Cyber-shot HX50V

Sony Cybershot HX-50V menyertakan sensor 20.4-megapixel serta didatangkan dengan sokongan penstabilan imej terbina, membolehkan pengguna dengan mudah merakamkan gambar dan juga video dalam paparan HD penuh. Sony turut sama mengatakan ia merupakan kamera digital yang paling kecil dan ringan menyertakan sokongan zoom optikal 30x bersama-sama dengannya.

Seperti beberapa kamera terbaru, Sony Cybershot HX-50V turut menyertakan sokongan WiFi terbina untuk memudahkan urusan perkongsian media yang dirakamkan. Ia turut dilengkapi sokongan GPS Log Recording, membolehkan pengguna tag gambar menggunakan geolokasi, sekaligus memudahkan anda menguruskan gambar-gambar yang dirakamkan ketika anda mengembara dan melancong.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Sony Cybershot HX-50V pada harga saranan RM1499 di Malaysia.

Komen