Google Reader Ditamatkan – Data Akan Dipadam Sepenuhnya Menjelang 15 Julai

Google Reader Ditamatkan – Data Akan Dipadam Sepenuhnya Menjelang 15 Julai

Diterbitkan pada July 2, 2013 oleh .

Akhirnya, pihak Google telah pun menamatkan perkhidmatan Google Reader, dan bagi para pengguna yang ingin mendapatkan data mereka, boleh memuat-turun daripada pelayan Google sebelum 15 Julai 2013 ini.

Google Reader sebelum ini menawarkan perkhidmatan berupa pengurus langganan RSS, memudahkan untuk pengguna mengikuti pelbagai laman-laman kegemaran mereka melaluinya.

Menurut pihak Google, segala data berkenaan dengan Google Reader akan dipadam sepenuhnya pada 15 Julai kelak, dan bagi mereka yang ingin membuat salinan untuknya boleh memuat-turun daripada Google Takeover sebelum tarikh tersebut.

Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan seumpama Google Reader, mungkin boleh mencuba beberapa perkhidmatan alternatif seperti Feedly, Digg dan beberapa yang lain.


TIPS & ULASAN