Aplikasi Permesejan KakaoTalk Melangkaui Angka 100 Juta Pengguna Berdaftar

Aplikasi Permesejan KakaoTalk Melangkaui Angka 100 Juta Pengguna Berdaftar

Diterbitkan pada July 2, 2013 oleh .

Sejak awal tahun ini, pelbagai penyedia perkhidmatan dalam bentuk aplikasi permesejan mula mempromosikan perkhidmatan mereka dengan meluas, dan salah satunya adalah KakaoTalk. Mengikut laporan terkini, ia dikatakan mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja, sejak beberapa minggu yang lepas pihak KakaoTalk telah pun memulakan pemasaran yang boleh dikatakan agak agresif dalam menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka. KakaoTalk selain hanya membawakan perkhidmatan permesejan biasa, ia turut membawakan sokongan panggilan suara, disamping turut menyertakan sokongan permesejan berkumpulan.

Seperti kebanyakkan perkhidmatan lain, ia turut ditawarkan untuk pelbagai platform, termasuk iOS, Android, Windows Phone dan juga Blackberry. KakaoTalk turut dijangka akan memperkenalkan versi desktop kepada pasaran global tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN