Fedora 19 “Schrödinger’s Cat” Sedia Untuk Dimuat-Turun

Fedora 19 “Schrödinger’s Cat” Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada July 2, 2013 oleh .

Setelah melalui beberapa fasa pembangunan, hari ini, pembangun Fedora telah pun melancarkan sistem operasi berasaskan Linux mereka yang terkini, iaitu Fedora 19 yang turut dikenali dengan nama kod “Schrödinger’s Cat”.

Seperti biasa, Fedora 19 turut hadir dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit yang mana masing-masing menyertakan versi GNOME, KDE, LXDE dan juga Xfce. Versi terkini ini juga turut mengemaskini pelbagai perisian dan aplikasi yang disertakan kepada versi terbaru, disamping menyertakan kernel Linux 3.9.0 bersama-sama dengannya.

Beberapa perkara baru termasuk perubahan pada paparan GRUB dan menunya, sokongan pencetakan 3D, skrin pemasangan yang diberikan nafas baru, dan beberapa yang lain.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Fedora 19 “Schrödinger’s Cat” secara percuma hari ini, dan menggunakannya sebagai sistem operasi alternatif untuk Mac OS X dan juga Windows.

Muat-Turun Fedora 19 “Schrödinger’s Cat”


TIPS & ULASAN