Carian
Arena E-Dagang Terus Berkembang – Shopify Hadir Ke Malaysia
July 2, 2013 Aman

Shopify merupakan salah satu platform e-dagang yang membolehkan para pengguna untuk membangunkan kedai atas-talian mereka dengan mudah. Setelah ditawarkan di beberapa buah negara, kini ia turut hadir ke pasaran tempatan – Shopify.my.

Melaluinya, ia menyediakan beberapa pilihan tema, dashboard untuk pengurusan produk, menyediakan platform pembayaran, serta beberapa fungsi tambahan yang menarik.

Buat masa ini, untuk tujuan transaksi, perkhidmatan Shopify Malaysia hanya sekadar pembayaran melalui PayPal, Skrill (Moneybookers) dan beberapa yang lain. Ia dikatakan sokongan untuk pembayaran dengan mata wang tempatan mungkin akan diperkenalkan sekitar bulan September kelak.

Komen