Cari @ Amanz

MediaTekMediaTek sedia terkenal sebagai pengeluar cip pada harga rendah, dan digunakan pada beberapa peranti pada harga bajet di pasaran pada hari ini. Terkini, ia dikatakan pihak MediaTek bakal hadir dengan cip pemprosesan lapan-teras mereka tidak lama lagi.

Daripada laporan awal, ia dikatakan akan diuji oleh para pengeluar bermula penghujung Julai ini, dan peranti pertama yang menggunakannya dijangka akan hadir sekitar Disember 2013 kelak.

Ia turut dikatakan cip lapan-terasnya akan dibina menggunakan teknologi 28nm dengan kelajuan pemprosesan 2.0GHz. Ujian awal dikatakan membawakan skor sehingga 30,000 pada AnTuTu.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat peranti berkuasa tinggi ditawarkan pada harga bajet tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd