HTC Mengesahkan One S Tidak Lagi Akan Menerima Kemaskini Android

HTC Mengesahkan One S Tidak Lagi Akan Menerima Kemaskini Android

Diterbitkan pada July 3, 2013 oleh .

HTC kini dilihat mengesahkan secara rasminya yang mana pengguna peranti One S tidak lagi akan menerima kemaskini Android selepas ini. Perkara ini sekaligus bermakna pengguna HTC One S akan terikat dengan platform Android 4.1.1 Jelly Bean.

Perkara ini mungkin agak mendukacitakan ramai pengguna, apatah lagi HTC One S hanya diperkenalkan pada tahun lepas sahaja.

Walaubagaimanapun, para pengguna masih boleh mendapatkan sokongan untuk peranti tersebut daripada para pembangun bebas melalui beberapa forum, termasuk XDA Developers. Namun, seperti biasa, ia adalah atas dasar risiko sendiri, dan tidak akan mendapat jaminan pihak HTC untuknya.


TIPS & ULASAN