Yahoo! Mengambil-Alih Qwiki

Yahoo! Mengambil-Alih Qwiki

Diterbitkan pada July 3, 2013 oleh .

Yahoo QwikiSeperti beberapa desas-desus sebelum ini, hari ini pihak Yahoo! secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan Qwiki, sekaligus menambah lagi portfolio baru Yahoo! dibawah pimpinan Marissa Mayer.

Qwiki yang dulunya hadir sebagai WikiPedia berbentuk interaktif, telah pun mengubah haluan produk mereka, dimana kini menawarkan sebuah aplikasi iOS, yang membolehkan para pengguna untuk menambah gambar, video dan lagu, dalam menghasilkan kandungan mereka tersendiri.

Tidak seperti beberapa pengambil-alihan, aplikasi Qwiki dikatakan akan terus disokong dan ditawarkan untuk pengguna.


TIPS & ULASAN