Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan stickers, ataupun boleh turut dikatakan sebagai emoticon bersaiz besar pada platform iOS dan juga Android. Kini, kelihatan ia turut hadir pada Messages di web.

Facebook Stickers

Seperti pada platform mudah-alih, untuk menghantar sticker pengguna hanya perlu kelik pada ikon emoticon dan memilih tab sticker pilihan mereka.

Sokongan ini kelihatan diperkenalkan secara berperingkat, dimana hanya segelintir pengguna sahaja telah menerimanya buat masa ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan sokongan sticker yang kelihatan semakin popular dikalangan penyedia perkhidmatan permesejan akhir-akhir ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd