TaxiMonger Diperluaskan Ke Johor Bahru Dan Singapura

TaxiMonger Diperluaskan Ke Johor Bahru Dan Singapura

Diterbitkan pada July 3, 2013 oleh .

TaxiMonger JohorDi Malaysia terdapat beberapa perkhidmatan dan aplikasi mudah-alih yang memudahkan tempahan teksi, dan salah satunya adalah TaxiMonger. Setelah beroperasi sekitar Lembah Klang sahaja sebelum ini, kini dilihat mereka turut sama memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka ke Johor Bahru dan juga Singapura.

Menggunakan TaxiMonger, pengguna hanya perlu membuat tempahan menggunakan web ataupun aplikasi iOS dan juga Android, dan kemudiannya anda akan menerima maklumbalas daripada pemandu teksi berkenaan tempahan anda. Sebaik sahaja selesai, pengguna akan menerima informasi berkenaan dengan pemandu teksi berkenaan termasuk maklumat tempahan anda.

Pasaran tempahan teksi sendiri boleh dilihat berkembang dengan positif di Malaysia, dimana selain TaxiMonger, antara nama lain adalah termasuk MyTeksi, serta perkhidmatan daripada Rocket Internet – EasyTaxi.


TIPS & ULASAN