Galaxy ACE 3 LTE Dan Galaxy S4 Zoom Dilihat Pada Direktori SIRIM

Galaxy ACE 3 LTE Dan Galaxy S4 Zoom Dilihat Pada Direktori SIRIM

Diterbitkan pada July 3, 2013 oleh .

Dengan beberapa pengumuman baru produk Samsung pada bulan lepas, kini kelihatan satu demi satu produk mereka melepasi SIRIM, dimana terbaru adalah Galaxy S4 Zoom (SM-C101) dan juga Galaxy Ace 3 (GT-S7275).

Galaxy S4 Zoom

Kedua-dua peranti ini telah diumumkan oleh pihak Samsung pada bulan lepas. Samsung Galaxy S4 Zoom adalah telefon pintar daripada Samsung dengan fokus pada bahagian kamera, menyertakan sokongan zoom optikal sehingga 10x bersama-sama dengannya, disamping turut menyertakan sokongan Xenon Flash.

Galaxy Ace 3

Galaxy Ace 3 pula merupakan peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada pihak Samsung, dimana untuk versi yang melepasi SIRIM adalah versi LTE satu-SIM.

Seperti biasa, mungkin masa pelancaran masih jauh lagi, dan tarikh pasti untuknya tidak diketahui buat masa ini.

Sirim 2 Julai


TIPS & ULASAN