Hampir 450,000 Tablet Terjual Di Malaysia Sepanjang Januari Hingga Mei 2013

Hampir 450,000 Tablet Terjual Di Malaysia Sepanjang Januari Hingga Mei 2013

Diterbitkan pada July 3, 2013 oleh .

Pasaran tablet di Malaysia nampaknya berkembang dengan positif sepanjang lima bulan pertama tahun 2013 ini, dimana memperlihatkan penjualan mencapai hampir 450,000 buah tablet sepanjang tempoh tersebut.

Mengikut apa yang dikongsikan oleh GfK, jualan tablet mencapai 78,000 buah setiap bulan sejak awal tahun ini, dan lebih 97,000 tablet terjual pada bulan Mei yang lepas sahaja.

Jenama tablet yang menjadi pilihan popular pengguna tidak dikongsina. Namun, daripada apa yang dikongsikan, pasaran tablet Malaysia terdiri daripada lebih 142 model daripada 44 pengeluar tempatan dan juga antarabangsa.

Permintaan boleh dikatakan agak tinggi untuk versi tablet dengan saiz sekitar 7-inci. Ia dilaporkan tablet sekitar saiz ini mencapai angka jualan sehinggga 57,000 buah pada bulan Mei yang lepas.

Perkara ini boleh dikatakan terdiri daripada beberapa faktor, dan salah satunya boleh dikatakan kerana harga tablet yang semakin berkurangan dari hari ke hari.

Dengan lebih banyak tablet yang akan hadir tidak lama lagi, ia dijangka yang mana harga tablet akan terus berkurangan, sekaligus membolehkan lebih ramai mendapatkannya.


TIPS & ULASAN